PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya

 

PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya

PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya

Nampaknya Perikatan Nasional (PN) masih terus berilusi untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menukar perdana menteri.

Hujah yang diberikan oleh Ketua Pemuda PN pusat, Ahmad Fadhli Shaari, dalam perlembagaan ada pelbagai cara yang dibenarkan untuk menggantikan perdana menteri.



Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, hanya SPB YDP Agong mempunyai kuasa untuk melantik perdana menteri.

Dan Perkara 43(2)(a) pula, SPB YDP Agong hanya akan melantik perdana menteri setelah baginda yakin seseorang ahli parlimen itu mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam Perkara 43(4) pula menyatakan:

  • Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan.
  • Melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

Ini sahaja cara yang dibenarkan oleh perlembagaan untuk menjatuhkan perdana menteri selepas beliau dilantik oleh SPB YDP Agong.



Untuk tujuan itu, PN perlu mengusulkan satu usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di parlimen.

Ianya hanya boleh dilakukan sekiranya ususl tersebut mendapat persetujuan dari YDP Dewan Rakyat.

Dalam senario terkini, sekiranya usul tersebut dicadangkan oleh mana-mana ahli parlimen, YDP Dewan Rakyat mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.



Pada 19 Disember 2022, usul undi percaya sudah pun dijalankan di Dewan Rakyat ketika persidangan pertama penggal ke 15.

Ketika itu Anwar Ibrahim secara sah sudah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Jadi, apa relevannya usul yang sama hendak dikemukakan untuk kali kedua dalam penggal yang sama di Dewan Rakyat?

Pilihanraya Negeri TIDAK ADA Kaitan Dengan Pembentukan Kerajaan Pusat

PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya



Hujah kedua Fadhli adalah sekiranya PN berjaya di dalam PRN 6 negeri, terutamanya di Selangor, ianya akan mewujudkan gelombang menolak Kerajaan Perpaduan.

Untuk makluman Fadhli, kalau pun PN berjaya menawan kesemua 14 buah negeri di Malaysia.

Ianya tetap TIDAK akan mengubah kedudukan kerajaan pusat sekarang.

Tidak ada dalam perlembagaan, sekiranya pembangkang di peringkat pusat berjaya menawan kerajaan negeri, maka kerajaan pusat akan bertukar atau mesti ditukar.



Tetapi sekiranya perkara itu berlaku (PN menang dalam PRN 6 negeri), yang akan menjadi mangsa adalah rakyat negeri tersebut.

Kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan pusat pasti akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Banyak dana dan kelulusan projek pembangunan di peringkat negeri, mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan kerajaan pusat.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan.



Sudah lebih 3 dekad PAS memerintah Kelantan, tetapi apa kemajuan dan pembangunan yang telah dilakukan oleh PAS di sana.

Bandingkan keadaan Kelantan pada 3 dekad yang lepas dengan keadaan Kelantan pada hari ini.

Apakah ada perbezaan?

Janganlah terus dikelirukan rakyat hanya semata-mata kerana kerakusan kepada kuasa.

Cukup-cukuplah menunggang rakyat demi untuk memenuhi kehendak peribadi.

Belajarlah untuk menjadi pembangkang yang bermaruah dan simpanlah impian itu hingga 5 tahun lagi.

 

PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button