‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?

Oleh – Bakhtiar Omar


'Sudah jatuh, ditimpa tangga', apa nasib Faizal Azumu?

 



 

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Faizal Azumu kini ibarat ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’ apabila tular satu laporan polis terhadap beliau berlegar di media sosial.

Sebelum itu, seorang calon bebas di Negeri Sembilan menggambarkan Faizal Azumu seolah telah ‘menjual’ kerusi BERSATU kepada calon ‘tangkap muat’ dalam PRN kali ini.

Laporan polis oleh seorang wanita yang telah berkahwin tular mengaitkan Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja dengan dakwaan melakukan ‘gangguan seksual’.



'Sudah jatuh, ditimpa tangga', apa nasib Faizal Azumu?

 

Dalam laporan tersebut wanita itu menyatakan beliau telah diganggu dengan ayat yang agak kurang manis serta telah dilihat beberapa individu lain. Namun selepas dinasihati suami dan ahli keluarga, beliau membuat keputusan untuk membuat laporan polis bagi melindungi diri.

'Sudah jatuh, ditimpa tangga', apa nasib Faizal Azumu?



Bagi pemilihan calon PRN BERSATU di Negeri Sembilan, calon bebas, Mohammed Hafiz Baharuddin berkata, bukan rahsia lagi ramai dalam PN kecewa dengan pemilihan yang dibuat oleh Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

 

Mendakwa masih lagi ahli BERSATU, Mohammed Hafiz berkata nama beliau telah ditolak pada pagi hari pencalonan menyebabkannya memilih untuk menjadi calon bebas.

“Calon-calon PN di Negeri Sembilan amat teruk, ada beberapa calon yang tua lebih 70 tahun, ada calon yang menipu pengalaman kerja, ada calon terkait penipuan sijil pengajian dan sebagainya.” – Mohammed Hafiz Baharuddin – 2/8/2023



Bukan sahaja di Negeri Sembilan kedengaran desas-desus seperti itu, malah di Selangor terdapat juga dakwaan sedemikian. 

BACA SINI

Apa sudah jadi kepada BERSATU? Adakah mereka sebenarnya berdepan krisis ketandusan calon atau benarkah ada gerakan ‘menjual kerusi’ demi kepentingan peribadi?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button