Pandu melulu 15km di bawah pengaruh dadah

Pandu melulu 15km di bawah pengaruh dadah

Pandu melulu 15km di bawah pengaruh dadah
Seorang lelaki ditahan polis selepas memandu secara melulu di bawah pengaruh dadah di Johor Bahru, hari ini. – Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipercayai positif dadah jenis methamphetamine, ditahan selepas memandu secara melulu dan berbahaya untuk melarikan diri daripada polis di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta Proton Persona itu ditahan jam 4.41 pagi selepas dikejar tujuh kereta Cawangan Kereta Peronda (MPV) sejauh 15 kilometer selama 11 minit.

Beliau berkata, suspek awalnya dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) di Jalan Tebrau, di sini, kira-kira jam 2 pagi.



“Sebaik mengesan kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri sebelum ditahan selepas kenderaannya merempuh pagar keselamatan sebuah taman perumahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, polis merampas Proton Persona dipandu suspek susulan penahanan itu.

Raub berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod kes jenayah dan empat rekod kes dadah.

“Kita percaya suspek melarikan diri daripada polis kerana mengambil dadah,” katanya sambil menambah suspek direman empat hari hingga Sabtu ini.



Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu Secara Melulu) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pandu melulu 15km di bawah pengaruh dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button