Hilang hampir 2 bulan, rupanya maut akibat kemalangan

Hilang hampir 2 bulan, rupanya maut akibat kemalangan

Hilang hampir 2 bulan, rupanya maut akibat kemalangan
Perodua Kancil yang ditemui bersama mayat mangsa di Kilometer 7 Jalan Juasseh -Bahau di Kuala pilah. Foto ihsan polis

KUALA PILAH: Seorang lelaki yang dilapor hilang hampir dua bulan lalu ditemui mati di cerun bersemak di Kilometer 7 Jalan Juasseh-Bahau, di sini malam tadi, dipercayai akibat kemalangan.

Mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 7.20 malam bersama Perodua Kancil dipandunya di kawasan terbabit, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, siasatan awal di lokasi kejadian turut menemukan kad pengenalan serta lesen memandu milik mangsa.



“Hasil semakan, ibu mangsa pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu pada 6 Jun lalu di Balai Polis Terachi, di sini.

“Mangsa dilapor menaiki Perodua Kancil berwarna kelabu berseorangan dan gagal dihubungi sehinggalah mayatnya dijumpai semalam,” katanya mengesahkan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk bedah siasat.

Hilang hampir 2 bulan, rupanya maut akibat kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button