Kondisi Gabriel Jesus bimbangkan Mikel Arteta
Kondisi Gabriel Jesus bimbangkan Mikel Arteta
LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui resah selepas penyerang utama, Gabriel Jesus mengalami kecederaan lutut dan mungkin diketepikan pada beberapa perlawanan awal pada musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) nanti.
Jesus tidak diturunkan pada aksi pramusim terakhir yang menyaksikan Arsenal meraih trofi Piala Emirates dengan menewaskan AS Monaco menerusi penentuan penalti 5-4 awal pagi semalam selepas kedudukan terikat 1-1 pada tamat masa sebenar.
Kata Arteta, penyerang antarabangsa Brazil itu mengalami kecederaan lutut pada sesi latihan, tetapi menerusi penelitian awal, situasi tersebut tidak serius dan hanya perlu berehat beberapa minggu.
“Dia telah bertemu saya pada pagi sebelum perlawanan dengan mengadu rasa sakit di bahagian lutut dan pegawai perubatan kami segera melakukan rawatan awal. Ia bukanlah sesuatu yang serius, tetapi masih perlu diberi perhatian sewajarnya.
“Sudah tentu kami agak kecewa kerana Jesus telah menunjukkan prestasi positif sepanjang pramusim ini tetapi kini dia perlu direhatkan selama beberapa minggu dan ia bukanlah sesuatu yang menggembirakan ketika liga akan bermula tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, Arteta mengakui anak-anak buahnya sudah bersedia untuk mengharungi musim baharu dengan saingan pembuka tirai bertemu Manchester City pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad ini.
“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan apa yang kita harungi sepanjang tempoh pramusim dan aksi terakhir menentang Monaco adalah medan untuk saya menguji pemain-pemain yang belum mendapat minit permainan secukupnya,” katanya. – AGENSI
Kondisi Gabriel Jesus bimbangkan Mikel Arteta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
- Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN
- Zahid tempelak Annuar Musa , “Sekadar kisah lapuk”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara