Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?

Menyandarkan sesuatu perkara kepada Rasulullah SAW yang mana perkara tersebut bukannya daripada Nabi SAW adalah dilarang.

Malah Rasulullah SAW memberikan amaran keras kepada sesiapa yang berdusta di atas nama baginda, tempatnya adalah di neraka



Dalam sabda baginda Rasulullah SAW:

اَ تَكْذِبُوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ

Mafhumnya:

“Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka”.



Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)

Rasulullah SAW merupakan insan yang mulia dan agung untuk didustakan di atas nama baginda.

Jika seseorang berbohong bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW ianya akan memberikan kesan yang sangat buruk bukan sahaja kepada beliau, tetapi juga kepada masyarakat.

Apa lagi penipuan itu sengaja dilakukan untuk menutup satu lagi pembohongan atau kesalahan yang telah dilakukan.



Ru’ya shadiqah disebut sebagai sebahagian dari nubuwwah

Di antara mimpi yang benar itu adalah mimpi bertemu Rasulullah SAW.

Nubuat hanya datang dari Allah SWT.

Maka barang siapa berbohong bahwa dia mendapatkan ru’ya shadiqah, maka dia telah berbohong bahwa Allah SWT telah memperlihatkan sesuatu kepadanya, padahal tidak.



Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَحَلَّمَ بِحُلُمٍ لَمْ يَرَهُ كُلِّفَ أَنْ يَعْقِدَ بَيْنَ شَعِيرَتَيْنِ، وَلَنْ يَفْعَلَ

تَحَلَّمَ بِحُلُمٍ» تكلف الحلم أ ادعى أنه رأى حلمًا. و«كُلِّفَ»: أي يوم القيامة، وذلك التكليف نوع من العذاب. و«يَعْقِدَ» يوصل. و«لَنْ يَفْعَلَ» لن يقدر على ذلك، وهو كناية عن استمرار العذاب عليه. 

Mafhumnya:



“Barang siapa mengaku-aku telah bermimpi sesuatu padahal dia tidak bermimpi seperti yang dikatakannya, dia akan disiksa di akhirat dengan siksa yang terus menerus”.

“Siksa ini diistilahkan dengan “يَعْقِدَ بَيْنَ شَعِيرَتَيْنِ ”: Menggabungkan dua butir biji gandum, dan dia tidak akan pernah mampu melakukannya”.

“Mengisyaratkan suatu azab yang terus-menerus”.

Hadits riwayat Ibnu Abbas



Berdusta Dengan Menggunakan Nama Rasulullah SAW Adalah Dosa Yang Sangat Besar

 

Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?

Dari penerangan dan petikan hadis di atas, jelas kepada kita, berdusta dengan menggunakan nama mulia baginda Rasullah SAW, adalah dosa yang sangat besar.

Tidak ada kompromi dan hanya neraka Allah SWT tempat pembalasannya.

Ancaman ini bukan datangnya dari mana-mana ulamak, apa tah lagi dari penulis.

Tetapi ancaman ini datangnya dari Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri.

Sekiranya benar dakwaan (video klip di atas), adalah benar, maka WAJIB bagi masyarakat Islam mematuhinya kerana arahan itu datang dari nubuwwah Rasulullah SAW.

Tetapi mana mungkin dalam beribu parti politik di dunia, hanya PAS yang menjadi keutamaan bagi baginda Rasulullah SAW?

Apa lagi dakwaan Rasulullah SAW mengarahkan Hadi Awang untuk memberikan sokongan kepada Syiah.

Bukankah fatwa ulamak Malaysia dan dunia telah sebulat suara mengatakan akidah Syiah adalah sesat.

Sekiranya Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, atau Hadi Awang menipu Hashim Jasin, ianya boleh ditakrifkan sebagai salah seorang dari mereka memfitnah Rasulullah SAW!!!

JAKIM mesti memanggil ketiga-tiga mereka untuk mendapatkan kepastian.

Kalau pun terdesak, janganlah kerana politik, sehingga tergamak berdusta atas nama baginda Rasulullah SAW!!!

Apakah ini balasan kita kepada baginda Rasulullah SAW yang amat menyintai umat baginda?

Bertaubatlah, sebelum nyawa sampai ke kerongkong atau sebelum pintu taubat tertutup.

 

Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button