Kimycola catat rekod sendawa paling kuat di dunia
Kimycola catat rekod sendawa paling kuat di dunia

Washington: Wanita warga Amerika Syarikat (AS) melakar kejayaan dalam Rekod Dunia Guiness (GWR) selepas menghasilkan sendawa paling kuat di dunia (untuk wanita) dengan bunyi berukuran 107.3 decibel (dB).
Oddity Central melaporkan, rekod itu sebelum ini dipegang oleh Elisa Cagnoni dari Itali yang menghasilkan sendawa dengan bunyi berukuran 107 dB pada 2009.
Ia adalah pencapaian yang mengagumkan tetapi kini rekod itu tinggal sejarah selepas dipadamkan oleh gadis dari Maryland, Kimberly ‘Kimycola’ Winter dengan kelebihan 0.3 dB.
Sebelum melakukan percubaan itu, Kimycola menyediakan badannya dengan bersarapan dan minum kopi serta bir.
Gabungan yang dicuba ternyata memainkan peranan yang cukup besar dalam memecahkan rekod berusia 14 tahun itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?
- Kenapa Muhyiddin perlu sibuk hal UMNO?
- GERAKAN akan ‘mufarakah’ dari Perikatan Nasional?
Kimberly memberitahu GWR bahawa dia ada bunyi sendawa yang kuat sejak masih kecil
Difahamkan, keluarga sudah terbiasa dengannya selama ini tetapi kadangkala masih memintanya untuk menahan sendawa.
Sebelum percubaannya berjaya, Kimycola menghabiskan beberapa minggu melakukan eksperimen dengan pelbagai makanan dan minuman untuk menentukan yang mana satu membantunya menghasilkan bunyi sendawa paling kuat.
Makanan pedas, soda dan alkohol nampaknya berkesan, tetapi pemegang rekod dunia mengakui bahawa ada ketikanya sedikit air berfungsi.
Kimycola menyedari tabiatnya (sendawa kuat) beberapa tahun lalu apabila dia diusir keluar dari bar kerana sendawa terlalu kuat.
Dia menghiburkan rakan-rakannya dengan bakat anehnya itu selama bertahun-tahun, dan berterima kasih kepada laman sosial kerana membantunya mengumpul pengikut setia dalam talian.
Di TikTok, Kimycola mempunyai ribuan peminat yang suka dengan bunyi sendawa yang kuat.
Kimycola catat rekod sendawa paling kuat di dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
- Pekong PN Semakin Terdedah Menjelang PN
- Zahid tempelak Annuar Musa , “Sekadar kisah lapuk”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :