Masya Masyitah: Itu adik dia

Berpeluk dengan pemuda atas skuter elektrik, netizen tampil pertahan

Masya Masyitah – “Itu adik dia”

Masya Masyitah - “Itu adik dia”
Berpeluk dengan pemuda atas skuter elektrik, netizen tampil pertahan

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi Masya Masyitah sering dihimpit kontroversi berhubung pilihan fesyen yang dikatakan tidak sesuai dengan wanita berhijab.

Bagaimanapun penyanyi berusia 23 tahun ini mengejutkan peminat apabila tampil tidak bertudung selain menampilkan imej seksi yang mengundang kecaman netizen.

Belum reda isu buka tudung, pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd Yusof itu memuat naik pula foto sedang memeluk erat seorang pemuda sambil menunggang skuter elektrik.



Masya Masyitah - “Itu adik dia”
Sejak kebelakangan ini nama Masya sering menjadi perhatian peminat.

 

Tidak hanya itu, Masya juga tampil dengan fesyen jalanan berwarna hijau yang dipadankan dengan seluar pendek mendedahkan bahagian betisnya.

Masya menerusi kapsyen foto itu menulis orang tidak mengenali tentang dirinya yang baru dan dia menampilkan dengan cara berbeza.

Menjengah ke ruang komen, ramai berteka-teki berhubung jejaka disampingnya sehingga ada mendakwa penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga.



Malah mereka yakin, pemuda di dalam foto bersamanya itu adalah suaminya.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan peminat Masya menyangkal tuduhan itu dan menjelaskan pemuda berbaju belang hitam putih itu adalah adik penyanyi berkenaan.

“Ini ke suami dia yang orang kata tu? Ke ini adik dia?

 



Masya Masyitah - “Itu adik dia”
Komen netizen di Instagram Masya.

“Rasanya adik-beradik ni, tapi makin berani ya dia (Masya) ini. Makin dikecam makin rancak dia berkongsi. Semoga dia berubah.

“Itu bukan suami dialah. Itu adik lelakinya. Kalau ya pun tidak suka, jangan sampai fitnah,” komen pengikutnya di Instagram.

Pada 30 Julai lalu, Masya tampil cantik bagaikan patung Barbie namun tidak lagi mengenakan hijab sehingga mengejutkan peminatnya.

Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.



Masya Masyitah – “Itu adik dia”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button