Ahli UMNO tidak akan terpedaya dengan saranan Hamzah Zainuddin

 

“Kepada orang UMNO, cukuplah. Kalau benar sayangkan UMNO, pastikan ‘kepala’ atau presiden kamu itu baik.–Hamzah Zainuddin

Kenyataan terbaru Datuk Seri Hamzah Zainuddin konon nya ahli UMNO seharus undi Perikatan Nasional bagi menyelamatkan UMNO sudah tidak akan diterima oleh ahli UMNO.



Ini kerena maksud selamatkan UMNO itu adalah mahu UMNO yang akan sujud dan akur kepada Perikatan Nasional dan Parti BERSATU dibawah Muhyiddin Yassin sambil di ‘remote’ oleh Mahathir

Itu lah maksud Hamzah menyelamatkan UMNO , dan ia sudah menjadi sebagai naratif lapuk.

Ahli UMNO sejumlah 3 juta orang terpaksa akur kepada Parti BERSATU adalah satu perkara mengarut dan tidak dapat diterima oleh ahli UMNO.

Saranan Hamzah sekadar tipu muslihat untuk menawan UMNO dengan Presiden setara pondan yang akan tunduk kepada Muhyiddin dan Mahathir.



Hamzah sendiri berhati tikus apabila UMNO tidak menjadi kerajaan selepas PRU14 , lalu melompat kepada Parti BERSATU kerana ketakutan kepada Tun Mahathir lalu hilang kesetian kepada UMNO dan melompat menjadi katak dan Kluster Khianat.

Tujuan Hamzah seperti Muhyiddin juga kerana selagi ada Zahid Hamidi maka niat untuk BERSATUkan UMNO akan gagal.

Maka, terutama nya maksud selamatkan umno adalah hapuskan Presiden bertaraf anak jantan yang tidak takut kepada Mahathir dan mahu menggantikan Presiden  berjiwa penakut yang angguk kepada Mahathir.



Maka, UMNO  dan ahli sudah jemu dengan permainan lapuk sebelum PRU15 ini,

Hazmah sepatut tumpu kepada pelbagai kes mahkamah yang sedang parr=ti BERSATU alami.

Pada pemilihan UMNO yang lalu, kepimpinan UMNO dan MKT UMNO telah mendapat maklumat berkenaan kerja kerja mahu adakan KUDETA untuk mengubah kepimpinan UMNO kepada kepimpinan yang akan membawa UMNO sujud kepada Tun M dan BERSATU.

Dengan cara ini Tun Mahathir, Tun Daim dan Muhyiddin Yassin akan terselamat dari kes mahkamah jika UMNO pilih untuk bersama PN.



Itu niat sebenar nya.

Selain itu niat untuk mengharamkan UMNO lalu ‘absorb” UMNO menjadi BERSATU dan Tun Mahathir akan berbangga kerana semua Melayu dibawah Parti yang beliau ujudkan.

UMNO hari ini masih bawa sejarah pemimpin lama seperti Tuanku Abdul Rahman, Abdul Razak dan Hussien Onn , ini yang Tun Mahathir tidak gemar dan mahu pupuskan UMNO.

Maka, ahli UMNO sudah faham niat Tun M dan musuh UMNo , atas sebab itu mereka mereka yang tidak gemar kepada Presiden UMNO juga memberi sokongan kepada Presiden.



Maka, kenyataan Hamzah bokleh lah juga dikira kenyataan untuk perdaya orang UMNO bagi kepentingan diri sendiri.

Dengan kenyataan terbaru Hamzah juga terdedah secara tidak langsung , beliau lah dibelakang naratif undi PN untuk protes Najib Razak masih tidak dibebaskan yang dilaung laungkan oleh jentera  BERSATU.

 

 



 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button