Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?

Slogan ‘hari ini PN  menang, esok Anwar turun’ yang dimomokkan oleh Perikatan Nasional sepatutnya ditukar menjadi “Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?”.



Siapa calon bakal PM dari Perikatan Nasional yang boleh dikemukakan oleh mereka? Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam kategori ‘Kluster Mahkamah’. Presiden PAS, Tan Sri Hj Hadi Awang pula tidak sihat untuk memikul jawatan PM. Adakah Presiden GERAKAN akan diberikan peluang?

Mungkin Perikatan Nasional ada jawapan atau Azmin Ali sendiri boleh menjawap persoalan tersebut.

Sangat menarik sekali bila membicarakan slogan yang digunakan oleh Azmin Ali dalam kempen beliau saban hari dalam PRN Selangor 2023.

Rakyat bukan ‘sebodoh’ yang disangka, akan terus menerima bulat-bulat apa sahaja yang disampaikan pemimpin PN melainkan pantaksub seperti penyokong PAS.



Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan, telah menjelaskan mengenai kemusykilan samada PRN akan menjejaskan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat atau tidak.

Walaupun dijangka berlaku ‘Undi Tidak Percaya’ di Parlimen sekiranya PN berjaya merampas kesemua 6 negeri yang terlibat dalam PRN, ia tidak akan sama sekali menukar Kerajaan Perpaduan semudah yang dilaungkan.

Azmin dan Perikatan Nasional perlu berhenti berbohong kepada rakyat dengan slogan atau laungan retorik mereka sepanjang kempen PRN.

Biarlah proses demokrasi diterjemahkan rakyat pada 12 Ogos ini dan apa sahaja keputusan yang diberikan rakyat perlu dihormati.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button