CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu

CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu

CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu
Pengerusi CIMB Group, Datuk Mohd. Nasir Ahmad (empat dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad (lima dari kiri) pada majlis pelancaran cawangan terbaharu CIMB di Putrajaya.

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan cawangan pertamanya dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu di IOI City Towers @ IOI Resort City, Putrajaya iaitu sebuah ba­ngunan hijau yang disahkan oleh Indeks Bangunan Hijau.

Cawangan berkenaan adalah yang pertama dari CIMB yang mengintegrasikan unsur-unsur mesra alam serta pendekatan sosial inklusif merentasi reka bentuk dan operasinya.

Sejajar dengan agenda kewa­ngan lestari, CIMB akan mengambil pendekatan yang mengutama­kan prinsip ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) dalam mempromosikan rangkaian penyelesaian perbankan konvensional dan Islamik di cawangan tersebut.



Tawaran yang disediakan termasuk pembiayaan rumah hijau, pembiayaan kenderaan elektrik (EV), pembiayaan panel solar, produk pengurusan kekayaan berasaskan ESG, pembiayaan bagi golongan B40 dan deposit berfokuskan alam sekitar.

Menurut CIMB, cawangan CIMB IOI City Mall dilengkapi pelbagai kemudahan dan per­khidmatan yang telah disesuaikan untuk pengalaman perbank­an yang lebih inklusif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




“Antaranya termasuk laluan keutamaan ATM yang memudahkan akses bagi pelanggan berkeperluan khas, perkhidmatan kerusi roda serta kaun­ter rendah untuk transaksi di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan.

CIMB komited untuk memastikan semua cawangannya di Malaysia dilengkapi kerusi roda menjelang tahun 2023 serta menambah bilangan cawangan yang boleh diakses sepenuhnya melalui tanjakan kerusi roda pada tahun 2024.

CIMB perkenal cawangan dengan ciri-ciri kelestarian bersepadu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading