Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

Dalam sidang media yang dibuat oleh Annuar Musa 3 hari lepas pada 4 Ogos 2023, Annuar Musa mengumumkan beberapa pemimpin sayap akar umbi UMNO di Ketereh, keluar parti.

Turut sama mengumumkan keluar parti adalah anak beliau sendiri yang juga Ketua Pemuda Bahagian UMNO Ketereh, Afiq Amani.

Annuar Musa juga mendakwa kononnya UMNO Cawangan Cabang Tiga Haji Musa telah ditutup berikutan beberapa ahli jawatankuasa telah keluar parti.

Antara pemimpin sayap akar umbi di Ketereh yang meninggalkan UMNO dan menyertai PAS adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Sabariah Hamzah.



Namun begitu, Annuar Musa tidak pula mengumumkan berapakah jumlah sebenar ahli UMNO yang keluar parti.

Annuar Musa Berilusi UMNO Ketereh Sudah Lumpuh

@wanitaumno_malaysia

Alhamdulillah. Wanita Ketereh kekal setia bersama UMNO 🤲

♬ original sound – Wanita UMNO Malaysia – Wanita UMNO Malaysia



Tetapi apa yang disampaikan oleh Annuar Musa ketika sidang media tersebut, rupa-rupanya hanyalah satu ilusi beliau.

Annuar Musa mendakwa kononnya UMNO Bahagian Ketereh sudah lumpuh berikutan pemimpin sayap UMNO berkenaan telah meninggalkan parti.

Tetapi dari Tiktok Wanita UMNO Malaysia, jelas bagi kita, apa yang digambarkan oleh Annuar Musa adalah tidak benar.

Malah 2 orang AJK UMNO Bahagian Ketereh yang beliau dakwa telah meninggalkan UMNO telah menafikannya secara terbuka.



Bagi penulis, itulah sikap sebenar Annuar Musa.

Membesar-besarkan cerita yang tidak seberapa kerana mahu dilihat masih berpengaruh dan mempunyai sokongan.

Bukan kali pertama Annuar Musa bersikap begitu.

Dahulu waktu peralihan kuasa antara Muhyiddin dan Ismail Sabri juga Annuar Musa membuat provokasi murahan yang sama.



Ketika membuat sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, jumlah yang beliau dakwa memberikan sokongan kepada Muhyiddin lebih besar dari jumlah sebenar.

Namun begitu, di sebalik cerita khayalan Annuar Musa, berlaku perkara yang lebih mengejutkan lagi.

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

Di Dungun, Terengganu, dilapurkan lebih 600 orang ahli PPBM telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PPBM dan menyertai UMNO.



Realitinya, dengan tindakan 600 orang ahli PPBM menyertai UMNO akan memberikan impak yang lebih besar berbanding hanya dua tiga kerat yang meninggalkan UMNO.

Mungkin Anwar Musa terdesak untuk membuat sidang media dengan segera untuk menutup cerita lebih 600 ahli PPBM menyertai UMNO.

Nampaknya, walau pun sudah berpuluh tahun bergelumang dalam politik, Annuar Musa masih tidak bijak dengan percaturan politik.

Ibarat untungnya secupak, tapi rugi segantang.



 

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button