SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara

SPRM sedang cuba mengesan 2 individu di mana seorang darinya adalah Muhammad Adlan Berhan, menantu Muhyiddin Yasin.

Selain Adlan, SPRM juga sedang mengesan seorang individu lagi, Mansoor Saat, 69 tahun.

Menurut SPRM, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.



Namun begitu, tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing.

Namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.

Mereka dikehendaki untuk melengkapkan siasatan siasatan isu rasuah dan penyelewengan.



Ianya berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat SPRM, Nur Muhammad Amin bin Jamaluddin.

Talian telefon 603-88700799 atau 016- 4322 699 atau emel kepada [email protected]

Persoalannya sekarang, siapakah di belakang mereka yang membolehkan mereka melarikan diri?



Sekiranya mereka ke luar negara pada bulan Mei 2023, ini bermakna hingga sekarang, sudah hampir 3 bulan mereka berada di luar negara.

Siapakah yang bertanggungjawab meluluskan visa mereka?

Atau mungkinkah mereka sudah mendapat suaka politik di luar negara?

Jabatan Imigresen Malaysia mesti tampil untuk memberikan penjelasan.



Cuma kita berharap mereka belum lagi membuat pembedahan plastik seperti Jho Low sebagaimana yang didakwa oleh Hamid Bador.

 

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button