Adakah “Proklamasi Mahathir” tempat perlindungan Kluster Mahkamah PN?

 

Oleh – Adam Malik


Adakah "Proklamasi Mahathir" tempat perlindungan Kluster Mahkamah PN?

Adakah “Proklamasi Mahathir” tempat perlindungan Kluster Mahkamah PN?



Sehingga ditulis tajuk diatas, Tun Mahathir masih belum memberi seberang  komen berkenaan kes kes dan skandal membabitkan kepimpinan Perikatan Nasional.

Bermula dengan kes Sanusi Md Nor, menghina Sultan Selangor sehingga lah kes kes membabit rasuah yang terpalit dengan pegawai pegawai pejabat MBI Kedah itu.

Kemudian dengan pendedahan demi pendedahan berkenaan curian Nadir Bumi di Kedah juga Tun Mahathir masih belum bersuara.

Kisah Kleptokrasi kerajaan Terengganu menjual beberapa bidang  tanah negeri kepada kroni kroni PAS juga langsung tidak ditegur oleh Mahathir.



Beberapa bulan lalu, bila Datuk Azalina mahu membentangkan Laporan Audit Negara berkaitan perbelanjaan berpuluh billion wang rakyat ketika darurat yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin, tetapi seluruh Ahli Parlimen PN lari sembunyi pun Tun Mahathir berdiam diri.

Kini terbaru , menantu kepada Muhyiddin Yassin yang disiasat SPRM atas kes biometrik telah lari keluar negara, pun Mahathir berdiam diri juga.

Mahathir yang sering pamer dirinya membenci rasuah telah memilih untuk membisu.

Apakah jika semua ini dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional Mahathir akan berdiam diri juga?



Sudah tentu Mahathir membuat kenyataan mengutuk atau mengkritik.

Apa yang menarik adalah mereka mereka yang terbabit skandal ini semua menjadi penyokong Proklamasi Mahathir.

Adakah tujuan Proklamasi melindung Kluster Mahkamah PN?

Ketika mula menjaja Kongres Maruah Melayu dulu Mahathir pernah menyisih Kluster Mahkamah UMNO dan mengaibkan mereka tidak layak sertainya.



Apakah kini sudah boleh dan Mahathir sudah kompromi?

Inilah hipokrasi namanya, dan patut pun tiga juta Melayu umno tidak melayan platform politik Mahathir bertopengkan Proklamasi yang kini menjadi pelindung  Kleptokrasi PN dan Mahathir .



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button