Lima telco lancar pakej Rahmah hujung bulan ini

Lima telco lancar pakej Rahmah hujung bulan ini

Lima telco lancar pakej Rahmah hujung bulan ini
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) akan melancarkan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam hujung bulan ini bersempena Bulan Kemerdekaan negara.

Dalam satu kenyataan bersama, CelcomDigi Bhd (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes) menyatakan sokongan ke atas rangka kerja Ekonomi Madani membabitkan ketersambungan dan peranti mampu milik.

“Penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan terus bekerjasama rapat bagi merapatkan lagi jurang digital.



“Pakej 5G Rahmah dan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam akan dilancarkan pada 31 Ogos ini. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk pakej yang tersedia,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej pascabayar masing-masing menerusi Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.

Lima telco lancar pakej Rahmah hujung bulan ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading