Lebih 90 peratus projek perumahan guna IBS

Lebih 90 peratus projek perumahan guna IBS

Lebih 90 peratus projek perumahan guna IBS
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga, kiri) melawat rumah contoh IBS pada majlis perasmian Rumah Contoh IBS sempena Majlis Bina 2023 di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 91.5 peratus atau 1,913 projek perumahan mampu milik menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dibangunkan pemaju perumahan kerajaan, setakat tahun lepas.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata angka itu menunjukkan peningkatan dalam projek pembinaan rumah mampu milik menggunakan teknologi tersebut berbanding 84 peratus atau 1,180 pada 2021.

“Kerajaan menyasarkan pembinaan rumah mampu milik bagi projek kerajaan menggunakan IBS adalah sebanyak satu juta unit dalam tempoh 2018 hingga 2028. Jadi berdasarkan pencapaian setakat ini yang menunjukkan peningkatan, ia adalah sangat memberangsangkan.



“Kerajaan komited untuk memaksimumkan penggunaan IBS untuk meningkatkan produktiviti pembinaan dan mengurangkan kebergantungan industri kita terhadap pekerja asing dan pembinaannya juga melibatkan kos yang lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Rumah Contoh IBS (IBS Homes) dan IBS Home Catalogue sempena Build. Innovate. Network. Accelerate. (BINA) 2023 hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…



Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata bagi menyokong dan melaksanakan IBS dalam inisiatif perumahan, reka bentuk standard IBS telah dibangunkan dan diilhamkan daripada kejayaan Pre-Approved Plan (PAP) yang digunakan dalam projek kerajaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“CIDB telah menyesuaikan konsep ini untuk projek swasta dan komersial.

“Versi awal memberi tumpuan kepada perumahan mampu milik dan terdiri daripada empat konsep iaitu MyIOS (konsep sistem terbuka), DeLIGHT Homes, IHSAN Homes dan D3. Reka bentuk ini memenuhi keperluan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Standard Perumahan Kebangsaan atau CIS 26:201,” katanya.



Acara dua hari bertemakan, IBS Through Digital Commercialization anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan CIDB IBS Sdn Bhd.

Lebih 90 peratus projek perumahan guna IBS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading