Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Faiz Na’aman, mengumumkan keluar dari parti PPBM  berkuatkuasa 7 Ogos 2023.

Antara alasan yang diberikan adalah kerana beliau mendapati PPBM telah tersasar dari matlamat perjuangan asal untuk menggantikan UMNO.

Faiz juga menyatakan, parti PPBM kurang memberi ruang kepada pemimpin muda seperti beliau.



Malah menurut Faiz, PPBM lebih memberi keutamaan kepada calon kartel yang terdapat dalam parti tersebut untuk diketengahkan sebagai calun pilihanraya.

PPBM juga dikatakan sering mengabaikan pendapat dan suara akar umbi PPBM dan ini amat mengecewakan beliau.

Sikap berat sebelah kepimpinan tertinggi PPBM dikatakan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan pemberontakan di kalangan akar umbi parti.

Ianya jelas dapat dilihat dalam insiden 9 bahagian PPBM di Selangor telah membakar bendera Perikatan Nasional.



Selain dari itu menurut Faiz, pengaruh PPBM di dalam Perikatan Nasional dilihat semakin lemah apabila keputusan PPBM tidak lagi dihormati oleh rakan komponen Perikatan Nasional.

Namun begitu, tidak pula dinyatakan sama ada dengan keputusan itu, beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.

Beliau sekadar menyatakan ingin membuka lembaran baharu dalam kehidupan beliau selepas ini.

Keputusan Faiz ini memberikan tamparan hebat kepada PPBM dan Perikatan Nasional.



Faiz merupakan kepimpinan muda terawal yang bersama-sama PPBM sejak era Dr Mahathir.

Namun begitu bagi penulis, tindakan Faiz ini mencerminkan betapa Perikatan Nasional, terutamanya PPBM kini sedang mengalami krisis dalaman yang kronik.

Mungkin benar seperti apa yang dikhabarkan kepada penulis, PAS kini sudah bersiap sedia untuk mengambil alih Perikatan Nasional dari PPBM.

 



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading