Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim

Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim

Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim

Mungkin ramai anak muda hari ini tidak tahu, bahawa pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan. telah mengharamkan kumpulan Al Arqam.

Sebab utama pengharaman kepada kumpulan Al Arqam adalah berkaitan akidah Aurad Muhamaddiah yang menjadi pegangan kumpulan tersebut.

Kumpulan Al Arqam yang dipimpin oleh Ashaari Muhammad ternyata telah terpesong akidah mereka dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.



Penyebab utama mengapa berlaku begitu adalah, pertama, kerana ketaksuban pengikut kepada pemimpin mereka.

Dan sebab yang kedua pula adalah sikap pemimpin itu sendiri yang memanipulasi agama untuk kepentingan peribadi.

Sikap taksub membuta tuli pengikut terhadap pemimpin mereka telah menyebabkan hilang sifat rasional pada diri pengikut tersebut.

Sehinggakan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh pemimpin mereka sama ada betul atau salah, akan dianggap betul tanpa usul periksa.



Sikap sebegini yang akan menjadikan pemimpin mereka besar kepala dan merasa bebas melakukan apa sahaja kerana tahu mereka akan dilindungi dan dipertahankan oleh pengikut mereka.

Tindakan Tegas Dan Segera Mesti Di Ambil Dari Sekarang

Inilah yang sedang berlaku di dalam parti PAS.

Penyokong tegar PAS akan tetap mempertahankan pemimpin mereka, meski pun secara terang lagi bersuluh, apa yang dikatakan dan dilakukan adalah benar.

Maka wujudlah budaya mengkafirkan sesama Islam, memperdagangkan nama Rasulullah SAW, menghukum seseorang itu ahli syurga atau neraka dan sebagainya.



Jangan lupa kepada Tragedi Memali yang telah mengorbankan 14 jiwa di mana 4 darinya adalah anggota keselamatan.

10 yang lain adalah penduduk tempatan yang telah terpedaya dengan dakyah yang Hadi Awang keluarkan melalui Amanat Hadi.

Mahukan kita melihat tragedi yang sama berulang kembali?

Mahukah kita melihat masyarakat Melayu Islam di negara kita terus dihasut dengan pelbagai fatwa dan dakyah yang sesat.



Sampai bila kita mahu membiarkan perkara ini berterusan.

Jangan kerana takut dilabel sebagai penguasa yang tegas dan zalim, maka kita membiarkan kesesatan ini terus berlaku di hadapan mata kita.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk menghentikan kesesatan yang membawa kepada perpecahan ummah.

Jangan sampai sudah terantuk baru kita mahu mengangkat kepala.



Bebas bersuara, bebas berpersatuan dan bebas berpolitik bukanlah tiket untuk bebas membuat perpecahan.

 

Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading