Apa Yang UMNO Kelantan Buat Selama 3 Dekad?

Apa Yang UMNO Kelantan Buat Selama 3 Dekad?

Sekiranya disingkap sejarah politik negeri Kelantan, kita akan dapati sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955, pemerintahan di Kelantan sering bertukar ganti.

Dari tahun 1955 hingga 1959, Kelantan diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) atau ketika itu dikenali sebagai parti Perikatan.

Namun PAS berjaya menguasai Kelantan dalam 2 pilihanraya umum berikutnya dari tahun 1959 hingga 1973.



Selepas itu kerajaan Kelantan kembali dikuasai oleh BN selama dari tahun 1973 hingga tahun 1990.

PAS kembali merampas kuasa pemerintahan dari tahun 1990 hingga ke hari ini.

Ini bermaksud, sekiranya hendak dikatakan Kelantan adala kubu kuat bagi PAS, jawapannya adalah ya dan tidak.

Penulis mengatakan tidak kerana sejak dari pilihanraya umum yang pertama, terbukti PAS sudah beberapa kali ditumbangkan.



Ya, kerana sejak BN kehilangan kuasa pada tahun 1990, ini bermakna sudah 33 tahun BN tidak mampu menumbangkan PAS di Kelantan.

Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku?

Isu Penyokong PAS Mengkafirkan UMNO

Kita lihat beberapa isu hangat yang terbongkar di Kelantan baru-baru ini.

Pertama, isu seorang makcik yang dilihat sudah didoktrinkan bahawa parti UMNO adalah kafir hingga ke hari kiamat.



Pada pandangan penulis, usia makcik tersebut adalah sekitar 60’an dan cara beliau mengkafirkan UMNO dilihat beliau sangat yakin dengan apa yang beliau ucapkan.

Proses mendoktrinasi serta pembinaan keyakinan kepada seseorang mustahil untuk berjaya dalam masa yang singkat.

Apa lagi sekiranya kita mahu menanamkan keyakinan terhadap fakta yang jauh menyimpang dari kebenaran.

Tetapi makcik tersebut adalah bukti hidup bahawa PAS telah berjaya melakukannya dan ianya sudah bermula sejak puluhan tahun yang lalu.



Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi meminta penjelasan dari PAS berhubung insiden tersebut.

Kepimpinan Sayap Jangan Jadikan Diri Dan Jawatan Sebagai Tugu Yang Bisu

Respon pantas dari Dr Asyraf patut dipuji, tetapi sebenarnya ada persoalan yang lebih besar untuk UMNO rungkaikan.

Apakah selama ini UMNO Kelantan tidak menyedari perkara ini yang sudah berlaku selama berpuluh-puluh tahun?

Sekiranya UMNO Kelantan sedar perkara ini berlaku, apakah ada usaha yang sudah dilakukan untuk merasionalkan rakyat Kelantan dengan fakta yang betul?



Bukankah sekitar tahun 90’an dan dari tahun 2000 hingga 2018, pemimpin UMNO Kelantan ramai yang menjadi menteri di pusat dan mempunyai kuasa?

Apa yang mereka lakukan untuk membantu rakyat negeri mereka sendiri dari dipesongkan akidahnya?

Di mana suara pemimpin sayap UMNO apabila isu ini meletus?

Bukankah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya mesti lantang bersuara meminta penjelasan dari PAS?



Bukankah Ketua Puteri UMNO Malaysia berasal dari Kelantan?

Atau apakah Ketua Puteri UMNO Malaysia merasakan isu ini sebagai isu yang remeh dan terpencil?

Kepada Dr Asyraf Wajdi, sebelum meminta penjelasan dari musuh, adalah lebih baik beliau meminta penjelasan atas sikap membisu kepimpinan sayap UMNO.

Kepada pemimpin sayap UMNO dan pemimpin UMNO Kelantan, janganlah dijadikan diri dan jawatan yang dipegang sebagai tugu bisu di dalam parti.

Negara kita sudah ada Tugu Negara di Kuala Lumpur, berapa banyak tugu yang kita mahu?

 

Apa Yang UMNO Kelantan Buat Selama 3 Dekad?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading