Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid
Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid
Kempen pilihanraya di 6 negeri kita sudah memasuki pecutan akhir.
Awal pagi Sabtu pada jam 12.00 malam (12 Ogos 2023), kempen PRN 6 negeri akan secara rasmi ditutup.
Semua calon PRN 6 negeri dan parti yang bertanding tidak akan dibenarkan berkempen lagi.
Jam 8.00 pagi Sabtu, rakyat akan menggunakan kuasa keramat mereka untuk memilih parti politik manakah yang mereka mahukan untuk menjadi kerajaan negeri.
Dalam pecutan terakhir kempen PRN 6 negeri, sentimen yang dilihat semakin kuat dimainkan oleh Perikatan Nasional adalah PMX, Anwar Ibrahim, seorang penipu.
Buka mata Anwar menipu, tutup mata Anwar menipu, waktu tidur Anwar menipu, waktu jaga Anwar menipu, buka mulut Anwar menipu dan tutup mulut pun Anwar menipu.
Itu yang cuba ditanamkan oleh pemimpin Perikatan Nasional kepada pengundi yang akan keluar mengundi pada 12 Ogos ini.
Dengan harapan, supaya PH/BN ditolak oleh pengundi dan seterusnya memberikan mandat kepada PN dalam PRN 6 negeri.
Mengelirukan Pengundi Dengan Nama Parti
Ramai yang tidak sedar, sebenarnya ada muslihat yang sangat halus mengapa Muhyiddin memilih nama Perikatan Nasional (PN) sebagai nama parti gabungan antara beberapa parti.
Tujuan Muhyiddin adalah untuk menipu pengundi veteran yang sudah sangat sinonim dengan nama parti Perikatan.
Parti Perikatan kini sudah dijenamakan semula sebagai Barisan Nasional (BN) oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970.
Tetapi bagi pengundi veteran, nama Perikatan sudah sangat menebal dalam minda mereka.
Ini terbukti dalam culaan pengundi yang dilakukan oleh sahabat penulis.
Maklum balas yang didapati adalah, majoriti pengundi veteran memilih untuk mengundi Perikatan Nasional.
Bila ditanya mengapa, jawapan mereka, di Selangor dan Negeri Sembilan, tidak ada ‘Dacing’ dan PN adalah BN (Dacing) yang sama dengan parti Perikatan (Kapal Layar).
Terpaksa pula diterangkan PN bukan Perikatan atau Barisan Nasional, tetapi parti Muhyiddin.
Penipuan Muhyiddin Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi
Muhyiddin mendakwa ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan beliau sudah membelanjakan RM530 bilion dalam 8 pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat.
Tapi, tahukah kita dari RM530 bilion yang didakwa, RM145 bilion adalah duit rakyat sendiri dari pengeluaran KWSP.
Itu tidak termasuk RM225 bilion jumlah moratorium pinjaman rakyat pada bank yang membuatkan jumlah akhir keseluruhan pinjaman meningkat hampir 50%.
Dalam artikata lain, rakyat gunakan duit mereka sendiri sebanyak RM370 bilion untuk membantu diri sendiri.
Tapi yang ‘claim credit’ adalah Muhyiddin yang kononnya prihatin kepada rakyat.
Jumlah bantuan sebenar kepada rakyat hanya RM18 bilion.
Dari RM530 bilion yang beliau umumkan hanya RM18 bilion jumlah sebenar bantuan yang diberikan kepada rakyat.
RM370 bilion lagi adalah duit rakyat sendiri.
Ke mana beliau belanjakan jumlah RM142 bilion duit pakej perangsang ekonomi tersebut?
Mungkin sebahagian dibelanjakan kepada projek Jana Wibawa yang kini akan dibicarakan di mahkamah.
Dan bakinya mungkin SPRM sedang sibuk melengkapkan kertas siasatan.
Apa Yang Rakyat Dapat Dari Kurang Setahun Pentadbiran Kerajaan Perpaduan?
Biar gambar berbicara.
Jadi, siapa penipu sebenarnya?
Anwar atau Muhyiddin?
Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid
Di Syorkan Untuk Anda:
- Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…
- Beginikah Caranya Pemimpin PAS Membalas Walak Penyokong Mereka
- Vincent Tan Tuntut Sanusi RM200 Juta, Tak Der Hal Dohhh…