Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta
Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta

SIBU: Polis menahan dua beranak selepas mengamuk dengan bersenjatakan pisau pemotong daging berikutan berang dengan bunyi bising sistem audio kereta berhampiran rumah mereka, semalam.
“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek (bapa dan anak) ditahan di rumah mereka.
“Turut dirampas senjata yang digunakan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video mengenai kejadian berdurasi 1 minit 46 saat yang tular di Facebook.
“Berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan beberapa lelaki iaitu pelanggan kedai aksesori audio berkenaan.
“Suspek bertindak mengugut dan menghayunkan senjata iaitu pisau pemotong daging namun tiada sebarang kecederaan dialami oleh mana-mana pihak,” katanya.
Zulkipli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Amukan bapa, anak tak tahan bunyi bising audio kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :