Pemancing terjatuh ke laut ditemui lemas

Pemancing terjatuh ke laut ditemui lemas

Pemancing terjatuh ke laut ditemui lemas
Foto hiasan

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika memancing di laut berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan di sini, ditemukan lemas hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan, Azmi Tahar, berkata, Mohammad Azali Mohd Azrin, 28, yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut pada jam 11.42 pagi ditemukan jam 4.14 petang tadi.

“Pihak bomba menerima maklumat seorang lelaki terjatuh ke dalam laut ketika memancing dan kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 4.8 kilometer dari tempat dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi.



Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.23 petang. – BERNAMA

Pemancing terjatuh ke laut ditemui lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button