Rumah meletup, lima termasuk budak 12 tahun maut

Rumah meletup, lima termasuk budak 12 tahun maut

Rumah meletup, lima termasuk budak 12 tahun maut
INSIDEN letupan dirakam kamera pintu depan sebuah rumah. FOTO Agensi

Pittsburgh, Amerika Syarikat: Lelaki bersama anak lelakinya berusia 12 tahun antara lima individu terbunuh dalam letupan rumah di Pennsylvania, pada hujung minggu lalu.

Letupan di Plum, pinggir bandar Pittsburgh, 12 Ogos lalu itu menyebabkan tiga mangsa lain cedera termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Tiga lagi struktur kediaman di kawasan kejiranan itu musnah, sementara sekurang-kurangnya 12 rumah lagi mengalami kerosakan.



Penyiasat sedang berusaha untuk menentukan punca letupan.

Menurut pegawai di Allegheny County, Pennsylvania, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.30 pagi (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Katanya, polis dan bomba yang tiba di tempat kejadian melaporkan mangsa terperangkap di bawah serpihan runtuhan.

“Kelihatan seolah-olah sebuah rumah meletup.



“Beberapa rumah lain rosak, serta tingkapnya berkecai,” kata mereka dalam catatan di Facebook.

Rakaman kamera di pintu depan salah satu kediaman menunjukkan, letupan besar menyebabkan kepulan asap dan serpihan dari rumah berterbangan ke langit.

Lima mayat kemudian ditemukan di tempat kejadian.

Pegawai Allegheny County berkata, masih tidak pasti individu yang berada di rumah berkenaan.



Katanya, jika ada pelawat berada di kawasan itu pada masa itu, ia merumitkan lagi usaha untuk mengenal pasti mayat.

“Pengecaman mayat akan mengambil masa kerana ia membabitkan pengguna rekod pergigian dan DNA,” katanya di platform, X.

Ahli keluarga kepada mengenal pasti, Casey Clontz, 38, dan anaknya, Keegan, 12, antara lima mangsa yang terbunuh.

Casey dan anaknya tinggal di kejiranan sama.



Tidak jelas mengapa mereka berada di sana, namun ahli keluarga memberitahu saluran berita tempatan TribLive bahawa dua beranak itu mungkin melawat jiran.

Selain Keegan, Casey dan isterinya, Jen yang mendirikan rumah tangga selama 14 tahun, juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun, Addie.

Rumah meletup, lima termasuk budak 12 tahun maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button