Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?

Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?

Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?

Sebelum ini, satu dunia tertunggu-tunggu, bilakah cuti sakit mantan Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz, akan tamat.

Akhirnya setelah beberapa bulan ‘menikmati’ cuti sakit, Zeti rupa-rupanya ada penyakit Alzheimer atau penyakit pelupa.

Ialah, mungkin sebab terlalu ‘menikmati’ cuti sakit, mungkinlah…



Dalam memberikan keterangan di mahkamah berkaitan kes 1MDB yang melibatkan mantan perdana menteri, DS Najib, boleh ditafsirkan penyakit Alzheimer Zeti agak kronik.

Cuba kita lihat betapa seriusnya penyakit Alzheimer mantan Gabenir Bank Negara, Zeti Aziz.

Hujung tahun lepsa, Zeti mendakwa bahawa beliau dan keluarga beliau tidak pernah terima duit 1MDB.

Malah Zeti mendakwa, tuduhan terhadap beliau dan keluarga sama sekali palsu serta berniat jahat.



Itu kenyataan Zeti pada hujung tahun lepas, kira-kira 8 bulan yang lalu.

Tetapi, apabila memberikan kenyataan di mahkamah, kenyataan Zeti bertukar.

Zeti berkata memang suami beliau ada menerima duit dari 1MDB tetapi suami beliaulah yang membuat lapuran kepada polis Singapura.

Maksudnya, Zeti akui suami beliau ada menerima duit 1MDB.



Lagi memeningkan kepala, selepas mengakui suami beliau ada menerima duit 1MDB, Zeti minta pula peguam DS Najib buktikan bahawa suami beliau ada terima duit 1MDB…😂😂😂

Banyak bukti yang ada, ye lah, mungkin waktu itu Zeti sedang ‘menikmati’ cuti sakit, beliau terlepas pandang.

Ada 3 kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPRM berkenaan perkara itu.

Lebih menarik lagi, duit itu dikatakan masuh ke akaun Taufiq Ayman pada tahun 2009, tetapi lapuran yang Zeti maksudkan itu hanya dilakukan pada 2019, selepas 10 tahun.



Paling menarik apabila hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, mahu Dr Mahathir dipanggil sebagai saksi.

Arahan itu dikeluarkan selepas Zeti menafikan lapuran akhbar mengenai kenyataan Dr Mahathir berkaitan niat Zeti dan beberapa orang lagi untuk mengambil tindakan kepada DS Najib.

Bijak Sungguh Taufiq Ayman Berahsia

Bukan mahu mencampuri urusan rumahtangga antara Taufiq Ayman dan Zeti.

Tapi, sekiranya benarlah seperti apa yang didakwa Zeti bahawa beliau tidak tahu Taufiq Ayman ada menerima duit 1MDB, penulis kagum dengan Taufiq Ayman.



Selama 10 tahun beliau berjaya merahsiakan menerima sejumlah duit yang besar dari pengetahuan isteri beliau yang juga merupakan Gabenor Bank Negara ketika itu.

Biasanya, kalau suami merahsiakan perkara-perkara besar sebegini dari pengetahuan isteri, bermaksud suami ada skandal di belakang isteri…😅😅😅

Penulis tidak menuduh Taufiq Ayman begitu, cuma memberitahu, kebiasaannya begitu.

Tetapi sekiranya penafian Zeti itu kerana penyakit Alzheirmer, kronik sungguh penyakit Zeti.



 

Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading