Kongsi Foto Bercuti Dengan Anak, Shuhada Dikecam Belum ‘Move On’
Kongsi Foto Bercuti Dengan Anak, Shuhada Dikecam Belum ‘Move On’
Nurul Shuhada iaitu bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi kembali meneruskan kehidupannya dan bahagia bersama dua anaknya selepas sudah bercerai.
Menerusi satu perkongsiannya di laman Instagram, Shuhada kelihatan gembira sedang membawa Humaira dan Umar bercuti di Tokyo, Jepun.
Malah, sejak 13 Ogos lalu, Shuhada atau mesra dipanggil Shu banyak berkongsi percutian mereka tiga beranak di sana.
Walaupun ramai yang memuji kerana Shuhada dan anak-anaknya kelihatan gembira tetapi ada seorang individu yang memberikan komen negatif terhadapnya.
Tambahan, individu itu turut mendakwa status yang ditulis pada gambar tersebut seolah-olah dia mahu memburukkan bekas suaminya.
Move on jela elok-elok. Tak perlu burukkan orang lain
Dalam pada itu, Shuhada sempat membalas individu tersebut sebelum dipercayai memadam komen berkenaan daripada Instagramnya.
Bukan itu sahaja, Shuhada turut mengingatkan individu terbabit untuk tidak melebih-lebih atau melampau sebelum perkara lain berlaku.
Sebelum ini kami ada kongsikan kisah Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai yang lalu.
Kredit: Instagram
Kongsi Foto Bercuti Dengan Anak, Shuhada Dikecam Belum ‘Move On’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :