Muhyiddin Atau Zahid Yang Mesti Berundur
Muhyiddin Atau Zahid Yang Mesti Berundur
Sebaik sahaja keputusan rasmi pilihanraya di 6 negeri dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, Muhyiddin dengan pantas membuat sidang media.
Dalam sidang media tersebut, Muhyiddin mendesak supaya DS Anwar Ibrahim dan DS Zahid Hamidi meletak jawatan.
@acik.mantera
Hujah Muhyiddin untuk membuat desakan tersebut adalah kerana kononnya Anwar dan Zahid mesti mengambil tanggungjawab moral atas ‘kekalahan’ PH/BN dalam PRN 6 negeri.
Persoalannya, benarkah Perikatan Nasional menang dan gabungan PH/BN tewas dalam PRN 6 negeri sehingga Anwar dan Zahid mesti letak jawatan?
Apa Keputusan Keseluruhan PRN 6 Negeri?
Secara keseluruhan, kesemua negeri yang terlibat dengan PRN 6 negeri mengekalkan status quo pentadbiran kerajaan negeri masing-masing.
Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang masih kekal dengan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai PH/BN.
Manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan juga kekal di bawah pentadbiran PAS.
Dalam artikata lain, sama ada PH/BN atau Perikatan Nasional, tidak ada pihak yang menang atau kalah.
Dari sudut undi majoriti popular pula, jumlah undi kepada PH/BN adalah 3,399,472 undi atau 49.58% dari jumlah undi keseluruhan.
Perikatan Nasional pula hanya memperolehi 3,382,455 undi atau 49.33% dari jumlah undi keseluruhan.
Ini bermaksud, PH/BN memiliki lebihan 17,017 undi berbanding Perikatan Nasional!!!
Untuk rekod, tidak ada satu pun dari 245 calon PH/BN yang kehilangan duit deposit dalam PRN 6 negeri.
Tetapi seramai 18 orang calon Perikatan Nasional telah kehilangan duit deposit dalam PRN 6 negeri.
Secara fakta, parti manakah yang sebenarnya tewas dan ditolak rakyat?
Satu fakta yang lebih penting adalah, Barisan Nasional kini menguasai 4 negeri, Johor, Melaka, Perak dan Pahang.
Pakatan Harapan pula menguasai Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
PAS pula menguasai 4 negeri, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Dan jangan lupa, PPBM juga telah kehilangan penguasaan di 2 negeri, Johor dan Perak.
Tetapi di mana PPBM?
Dari sudut kejayaan memimpin parti, antara UMNO dan PPBM, parti mana yang lebih berjaya?
Kesimpulannya, siapa yang patut letak jawatan, Muhyiddin atau Zahid?
Muhyiddin Atau Zahid Yang Mesti Berundur
Di Syorkan Untuk Anda:
- Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?