Pelakon Wanita Muat Naik Foto Berbikini Undang Kecaman Netizen, Ini Penjelasan Tuan Badan
Pelakon Wanita Muat Naik Foto Berbikini Undang Kecaman Netizen, Ini Penjelasan Tuan Badan
Pelakon, Amy Nur Tinie selamba memuat naik foto berbikini di media sosial telah mengundang kecaman netizen.
Menurut laporan mStar, Amy menjelaskan bahawa foto yang tular itu adalah ketika dia menyertai pertandingan Miss Eco International 2021 di Mesir.
Dia yang turut memenangi acara itu berkata, foto bikini itu diibaratkan inspirasi untuk dia menguruskan badan kembali kerana merasakan dirinya naik berat badan semenjak acara itu melabuhkan tirainya.
Konon-kononnya saya muat naik gambar itu sebagai inspirasi untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu semula. Sejak dah tak masuk bertanding ratu cantik ini, saya sudah tidak begitu menjaga makan.
Saya akui berat badan mula naik lebih-lebih lagi sewaktu menjalani penggambaran drama, bila banyak masa terluang saya memang asyik makan saja.
Katanya lagi, dia bukanlah seorang yang terlalu seksi dan jarang memuat naik foto yang menampakkan lurah atau kain terbelah sampai ke atas peha.
Kalau bercuti di dalam negara memang saya tidak beranilah nak pakai seperti itu..memang tidaklah. Saya pun sebenarnya insecure dengan badan sendiri. Kalau ramai sangat orang pun saya tak berani nak tunjuk badan pakai bikini.
Kredit: mStar
Pelakon Wanita Muat Naik Foto Berbikini Undang Kecaman Netizen, Ini Penjelasan Tuan Badan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“`