Muka baharu skuad B-23 perlu ‘pikat’ Elavarasan
Muka baharu skuad B-23 perlu ‘pikat’ Elavarasan
KEMPEN Piala AFF B-23 2023 yang berlangsung di Rayong, Thailand bermula malam ini boleh dijadikan sebagai medan untuk ‘pikat’ barisan kejurulatihan sebelum mengharungi kejohanan penting, kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok bulan depan.
Bekas penggempur Harimau Malaya, Safee Sali percaya ketiadaan pemain bertaraf bintang pada saingan remaja berprestij Asia Tenggara ini boleh digunakan oleh nama-nama baharu yang dipanggil.
“Mungkin ada beberapa pemain tak dapat di lepaskan untuk saingan ini sebab Liga Malaysia masih lagi berjalan dan saya lihat hanya Ruventhiran yang ada pengalaman di peringkat senior.
“Inilah peluang untuk pemain-pemain baharu menunjukkan prestasi bersama skuad B-23 dan saya rasa mereka harus ambil peluang siapa yang dipanggil dan menunjukkan prestasi yang baik pasukan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Antara pemain-pemain yang masih layak beraksi bersama skuad B-23 negara tetapi tidak dipanggil kali ini adalah seperti Arif Aiman Hanapi (JDT), Mukhairi Ajmal (Selangor FC) dan Luqman Hakim Shamsudin (Njarovik FC).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN
- Antara Politik Khidmat Dengan Politik Hasutan, Yang Mana Jadi Pilihan?
- Muhyiddin Atau Zahid Yang Mesti Berundur
Namun, pengendali skuad muda Harimau Malaya, E. Elavarasan dilihat lebih selesa melakukan ‘eksperimen’ dengan mendapatkan pengalaman antarabangsa seperti M. Rakesh dan Harith Akif Mohd Shahar (Kelantan FC) serta Nik Umar Nik Azizi (Perak FC).
Skuad muda Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan B pada kempen Piala AFF B-23 dan akan menentang Indonesia malam ini sebelum bertemu Timor Leste pada 22 Ogos depan dengan juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir. – KOSMO! ONLINE
Muka baharu skuad B-23 perlu ‘pikat’ Elavarasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Gulingkan Zahid, Mampukah Mereka?
- Let Us Call A Spade A Spade
- Kenapa Zeti tidak saman, protes bila dituduh terima sogokan oleh Leissner?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein