Pestabola Merdeka: Tajikistan sah ganti Lebanon

Pestabola Merdeka: Tajikistan sah ganti Lebanon

Pestabola Merdeka: Tajikistan sah ganti Lebanon
Noor Azman (kiri) mengesahkan penyertaan negara Tajikistan pada kejohanan Pestabola Merdeka dalam satu kenyataan pagi tadi. – Foto ihsan FAM

PENGANJURAN Pestabola Merdeka kekal berjalan seperti yang dirancang meskipun Lebanon menarik diri selepas negara Tajikistan mengesahkan penyertaan pada kejohanan persahabatan antarabangsa yang bakal berlangsung Oktober depan.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan keputusan undian Pestabola Merdeka yang dilakukan pada minggu lalu turut tidak terjejas.

Sebagai rekod, Malaysia telah diundi menentang India manakala Lebanon sepatutnya menentang Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober nanti.



Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, badan induk bola sepak negara telah dihubungi Persatuan Bola Sepak Lebanon (LFA) yang menarik diri kerana diundi bersama Palestin bagi peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“LFA telah menghantar surat rasmi pada Isnin lepas untu menarik diri dengan alasan Lebanon dan Palestin telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan




“FAM mengambil langkah proaktif dengan segera menghubungi beberapa pasukan baharu sebagai pengganti supaya perjalanan pertandingan tersebut tidak terjejas.

“Kemudian, kita menerima persetujuan daripada Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) menerusi pasukan kebangsaan Tajikistan yang kini berada di ranking ke-110 untuk menyertai Pestabola Merdeka kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, FAM turut mengesahkan susunan jadual perlawanan berdasarkan ketetapan majlis undian sebelum ini tetap dikekalkan dengan Malaysia bertemu India manakala Palestin kini akan menentang Tajikistan.

Skuad Harimau Malaya kini dalam fasa persiapan akhir sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung di Qatar pada Januari depan. – KOSMO! ONLINE



Pestabola Merdeka: Tajikistan sah ganti Lebanon


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button