3 jam keluar mayat pemandu tersepit bawah lori tangki

3 jam keluar mayat pemandu tersepit bawah lori tangki

3 jam keluar mayat pemandu tersepit bawah lori tangki
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat pemandu lori tangki yang tersepit selepas kenderaan itu terbalik. – NSTP/ ERIKA GEORGE

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas dihempap lori tangki dipandunya yang terbalik sejurus terbabas di tepi Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri awal pagi tadi.

Difahamkan, pihak bomba yang dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mangsa, Mohd Azrin Sapri, 32, yang tersepit di bawah badan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol dan diesel itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 6.10 pagi.



“Anggota operasi membantu mengeluarkan mayat mangsa dari bahagian tempat duduk pemandu menggunakan peralatan khas.

“Bomba juga menggunakan khidmat sebuah kren bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mangsa yang mana badannya yang tersepit akhirnya berjaya dikeluarkan jam 9.20 pagi,” ujarnya.

Pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.



Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

3 jam keluar mayat pemandu tersepit bawah lori tangki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading