Juruteknik ditahan minta suapan RM1,500
Juruteknik ditahan minta suapan RM1,500

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang juruteknik kerana disyaki meminta suapan berjumlah RM1,500 daripada seorang pemilik rumah, sebagai balasan tidak mengeluarkan saman atas kesalahan mencuri bekalan elektrik.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ialah kakitangan syarikat vendor kepada sebuah syarikat utiliti tenaga elektrik.
Katanya, suspek ditahan kira-kira jam 5.30 petang hari ini di sebuah pangsapuri di Klang.
“Suspek disyaki menghubungi seorang lelaki yang menyatakan meter di rumahnya terlibat dengan kecurian elektrik dan boleh dikenakan denda sebanyak RM16,000.
“Sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang denda, suspek meminta wang sebanyak RM1,500 dan suspek menerima RM1,000 selepas lelaki itu meminta agar nilai sogokan itu dikurangkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Juruteknik ditahan minta suapan RM1,500
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :