Pengarah Projek tak mengaku melombong secara haram

Pengarah Projek tak mengaku melombong secara haram

Pengarah Projek tak mengaku melombong secara haram
Pengarah projek, Teh Tze Jin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada Mei lepas- Foto Bernama

KUANTAN: Seorang pengarah projek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada Mei lepas.

Teh Tze Jin, 45, didakwa menjalankan perlombongan di tanah bersebelahan tapak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Sungai Baging di sini, tanpa lesen atau pajakan yang sah pada 4.10 petang, 21 Mei lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Muhammad Taqiyuddin Azizan menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin ke atas tertuduh.

eguam Mohd Rusnizam Abdullah yang mewakili Teh, merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga dengan pendapatan RM5,000 sebulan.

Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan sebutan semula kes pada 8 September ini. – BERNAMA

Pengarah Projek tak mengaku melombong secara haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button