Lelaki maut, kereta rempuh pondok tepi jalan

Lelaki maut, kereta rempuh pondok tepi jalan

Lelaki maut, kereta rempuh pondok tepi jalan
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – Foto ihsan Bomba

MUKAH: Lelaki maut selepas pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pondok di tepi jalan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Haji Latif, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini, berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 10.47 malam.

Katanya, mangsa, Lee Aling berusia 52 tahun yang mengalami kecederaan parah, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).



“Tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan 4WD yang merempuh sebuah pondok dan terbalik di tepi jalan.

Mayat mangsa kemudiannya, diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Lelaki maut, kereta rempuh pondok tepi jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading