Rumah panjang terbakar, 119 hilang tempat berteduh
Rumah panjang terbakar, 119 hilang tempat berteduh
MIRI: Seramai 112 penduduk di rumah panjang Ningkan di Lembong Suai, dekat sini hilang tempat berteduh selepas rumah panjang yang didiami sejak 31 tahun lalu musnah dalam kebakaran, petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan 1.14 petang.
Menurutnya, tiba di lokasi pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah panjang jenis tidak kekal setingkat yang dihuni 22 keluarga itu.
“Pasukan bomba memadam kebakaran selama satu jam yang mana api berjaya dikawal pada 2.30 petang
Menurutnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian dialami penduduk bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Rumah panjang terbakar, 119 hilang tempat berteduh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?