Dikecam Tinggal Di Rumah PPR Tapi Perkakas Mewah, Influencer Ini Beri Penjelasan
Dikecam Tinggal Di Rumah PPR Tapi Perkakas Mewah, Influencer Ini Beri Penjelasan
Sering berkongsi video memasak dan dekorasi rumah di media sosial, siapa sangka influencer terkenal TikTok ini rupa-rupanya tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Pendedahan ini mencetuskan rasa kurang senang netizen kerana perkakas rumah yang digunakan mahal dan berjenama.
Tak mendiamkan diri, ibu saudara kepada Syamimi tampil menjelaskan kisah di sebalik rumah flat tersebut. Apa yang penting rumah tersebut adalah hasil usaha Syamimi berjuang mempertahankan hak ibunya yang meninggal dunia.
Menurut Syamimi, ibunya meninggal dunia selepas beberapa bulan membeli rumah flat tersebut. Dia kemudian berhenti belajar dan mengambil keputusan untuk bekerja supaya dapat melunaskan segala hutang aarwah ibu termasuklah rumah itu.
Waktu itu, dia baru berumur 20 tahun dan sedaya upaya meyakinkan hakim ketika ditemuduga. Dia membuktikan mampu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah ribuan ringgit termasuk baki pinjaman bank sebanyak 90% daripada harga rumah.
Kata Syamimi, dia mencantikkan rumah itu sebagaimana yang diimpikan arwah ibunya dulu. Rumah itu juga diserahkan kepadanya selepas segala bayaran hutang selesai.
Kredit: TikTok Syamimia
Dikecam Tinggal Di Rumah PPR Tapi Perkakas Mewah, Influencer Ini Beri Penjelasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah