Dua pelajar cemerlang SPM antara tiga dituduh rogol budak 12 tahun

Dua pelajar cemerlang SPM antara tiga dituduh rogol budak 12 tahun

Dua pelajar cemerlang SPM antara tiga dituduh rogol budak 12 tahun
(Dari kanan) Muhammad Daniel Haikal, Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi mengaku tidak bersalah merogol remaja bawah umur. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Tiga termasuk dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol seorang kenalan bawah umur pada Julai dan minggu lalu.

Ketiga-tiga mereka ialah Muhammad Ammar Zikry Mohd Izrak dan Muhammad Anaqi Lukmanulhakim masing-masing berusia 18 tahun manakala Muhammad Daniel Haikal Helmi Effero, 20.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.



Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi yang juga tertuduh pertama dan kedua manakala Muhammad Daniel Haikal, sebagai tertuduh ketiga dengan masing-masing berhadapan dengan satu pertuduhan merogol.

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Lepasan sijil kemahiran itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala Muhammad Ammar Zikry diwakili Aqmarul Aqil Ismail.

Aqmarul Aqil Ismail turut mewakili Muhammad Anaqi dan Muhammad Daniel Haikal namun hanya sebagai pro-bono untuk jaminan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein


Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM25,000 terhadap Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi manakala Muhammad Daniel HaikaL, RM20,000.

Aqmarul Aqil kemudian memohon mahkamah supaya meringankan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dengan mengambil kira rekod pencapaian akademik dan kokurikulum.



Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan ikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan syarat supaya semua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa serta keluarganya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button