KPDN rampas lebih 47,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng
KPDN rampas lebih 47,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 47,540 liter diesel yang dipercayai cuba diseleweng di sebuah premis di Taman Perindustrian Plentong, Masai di sini, semalam.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata serbuan
jam 8.10 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa dari KPDN Putrajaya menerusi Op Tiris hasil risikan sejak enam bulan lepas.
Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mengaku bekerja sebagai pemandu treler.
“Sebuah lori tangki, dua lori dan satu kenderaan pikap serta minyak diesel telah disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM267,457,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Armizan berkata, modus operandi sindiket ini adalah dengan mengisi minyak diesel ke dalam beberapa lori di beberapa stesen minyak sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang, Masai dan Kempas sebelum dihantar ke stor haram berkenaan untuk dijual di pasaran.
Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terbabit dalam aktiviti ini.
“Siasatan turut dibuat bagi memastikan rantaian pengedaran minyak diesel itu dan ke mana ia diedarkan,” katanya.
Beliau berkata, KPDN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pesalah yang melakukan aktiviti sedemikian.
KPDN rampas lebih 47,000 liter diesel disyaki cuba diseleweng
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :