Dua pemancing ditemui lemas
Dua pemancing ditemui lemas
LABUAN: Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di pantai Kiamsam, di sini, kelmarin ditemui lemas petang semalam.
Mangsa pertama, Yassin Jhonal, 20, ditemui jam 5.20 petang dan Mohd Shah Nadzmin, 19, ditemui dua minit selepas itu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh, berkata pasukannya menyelaras operaso Carilamat bersama agensi lain dan orang tempatan.
Katanya, bot kilat 40 milik Maritim Malaysia ke tempat kejadian bagi pencarian awal seluas empat batu nautika persegi sekitar pantai Kiamsam.
“Penemuan mayat pertama kira-kira 0.5 batu nautika dari pantai Kiamsam pada 5.20 petang semalam.
“Mayat kedua pula ditemui hampir 10 meter dari mayat pertama pada 5.22 petang,” katanya hari ini.
Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui oleh bot nelayan dan dibawa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke jeti,” katanya.
Dua pemancing ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :