PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah

 

PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah

 

Dalam Parti PAS mengaku kepada pengundinya konon mereka hanya kejar akhirat dan keredhaan Allah, sahaja, rupanya semua itu sebagai bohongan politik sahaja.



Bertopengkan jubah agama dan perwatakan Islamik , wajah dan watak sebenar PAS muncul sebaik sahaja menang PRN di tiga negeri.

Berita berkenaan rakan kongsi PAS iaitu BERSATU, tidak puas hati dengan pembahagian kerusi EXCO tiga negeri tersebar luas dimana hampir semua kerusi dibolot oleh PAS sendiri.

PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah

Apalagi dengan Parti GERAKAN yang sememang tidak boleh bersuara langsung.



Sikap jelek pemimpin PAS semakin menonjol apabila salah seorang MB dari negeri yang diperintah membolot 4 portfolio selan menjadi MB.

Seolah olah tiada orang lain yang layak pegang jawatan.

Itu lah sikap MB PAS Terengganu.

Bagi negeri Kelantan, BERSATU juga mengalami nasib sama, diketepikan begitu sahaja dalam perkongsian kuasa. PPBM hanya diperuntukan satu kerusi EXCO.



Di Kedah jika sebelum PRN, PPBM miliki 5 kerusi EXCO , namun dilaporkan ,kali ini hanya 3 sahaja kerusi EXCO untuk PPBM.

Sememangnya hak PAS untuk tentukan berapa pun kerusi yang hendak diberi namun jelas PAS tidak ada sifat setiakawan dan sikap toleransi.

Hatta tidak hairan PAS sering bertukar pasangan politik.

Apa yang sangat jelas adalah apabila dapat berkuasa, teori tentang Islam sekadar manisan dibibir sahaja.



Tamak tetap tamak , dan peluang sebat apa yang mampu tetap disebat oleh PAS.

PAS juga sanggup khianati umno demi habuan dari PPBM dan apabila akaun PPBM disita , PAS lari mengadap Tun Mahathir pula untuk minta bantuan dana dari kroni Mahathir.

Itulah sikap PAS, tiada mencerminkan keIslaman sebenar, habuan dunia untuk duit dan jawatan tetap sama sahaja dengan orang lain.

Untuk penyokong sendiri PAS sogok cerita akhirat, untuk PAS sendiri gelojoh dengan jawatan duniawi sehingga kawan dan komponen pun diterajang tepi.



Akhirnya PAS balun isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button