PR1MA, Republik Uzbekistan kongsi kepakaran laksana rumah mampu milik

PR1MA, Republik Uzbekistan kongsi kepakaran laksana rumah mampu milik

PR1MA, Republik Uzbekistan kongsi kepakaran laksana rumah mampu milik

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkongsi kepakarannya mengenai inisiatif dan pelaksanaan pembinaan projek-projek kediaman mampu milik berkualiti di Malaysia kepada delegasi Republik Uzbekistan yang diketuai Timbalan Menteri Ekonomi dan Kewangannya, Adiz Boboev.

Delegasi turut diperkenalkan dengan penyediaan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi serta pengurusan fasiliti berkualiti melalui dua anak syarikat PR1MA iaitu PR1MA Communications Sdn. Bhd. (PCSB) dan PR1MA Facilities Management Sdn. Bhd. (PFMSB).



Sesi libat urus agensi di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tersebut diadakan di Residensi Jalan Jubilee, salah satu projek PR1MA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Seri Mohd. Nazri Md. Shariff berkata, kunjungan itu merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha PR1MA dalam memperkasa pemilikan perumahan di kalangan rakyat Malaysia.

Ujarnya, ini kerana inisiatif agensi tersebut telah menarik perhatian pihak luar negara untuk menjalankan inisiatif yang sama bagi negara mereka sendiri.

“PR1MA sentiasa mengalu-alukan perkongsian kepakaran untuk meningkatkan kebolehan kami dalam menyediakan kediaman berkualiti untuk rakyat Malaysia.



“Melalui kunjungan seperti ini, kami menerima maklum balas daripada pihak luar mengenai kelebihan projek-projek kami, serta aspek yang boleh ditambah baik.

“Saya berharap kunjungan ini adalah permulaan kepada hubungan baik antara kedua-dua belah pihak,” katanya.

Dalam sesi kunjungan tersebut juga, PR1MA turut berkongsi maklumat berkaitan penyediaan 53,646 unit kediamannya di seluruh negara yang merangkumi 35,454 unit yang telah siap, 14,427 unit dalam pembinaan dan 3,765 unit dalam perancangan.

Penyediaan kediaman berkualiti yang turut memberi penekanan kepada pembangunan komuniti sama ada dari aspek keharmonian sehinggalah ke sosioekonomi merupakan salah satu fokus utama PR1MA di dalam setiap projeknya.



Perkara tersebut merupakan antara daya tarikan model pembangunan PR1MA yang turut dikongsi bersama delegasi Republik Uzbekistan. – UTUSAN

PR1MA, Republik Uzbekistan kongsi kepakaran laksana rumah mampu milik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button