Rumah diceroboh dua perompak bersenjata parang

Oleh – Syeikh Braran


Rumah diceroboh dua perompak bersenjata parang
Gambar Hiasan

Seorang wanita bersama tiga anak asuhan berdepan detik cemas selepas rumahnya di Bandar Behrang 2020, diceroboh dua lelaki bersenjatakan sebilah parang dan sebatang kayu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata ketika kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun tinggal bersama tiga anak asuhan yang berusia enam hingga 10 tahun.



Katanya, mangsa mula menyedari kehadiran dua suspek terbabit ketika dia hendak ke dapur selepas terdengar bunyi pintu pagar rumah dibuka.

“Ketika berada dalam bilik, mangsa didatangi dua lelaki bertopeng hitam terus menggeledah rumah mencari wang dan barang kemas.

“Mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam bilik kedua yang diduduki anak asuhan yang ketika itu sedang nyenyak tidur.

“Mangsa telah mengejutkan anak asuhan terbabit dan memaklumkan rumah mereka dimasuki perompak,” katanya menerusi kenyataan.



Mohd Hasni berkata, mangsa bersama tiga anak asuhan diawasi oleh seorang suspek manakala seorang lagi suspek menggeledah bilik mangsa.

Katanya, suspek telah mengambil beg mangsa yang mengandungi wang tunai anggaran RM5,000 dan kemudian turut melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM50,000 serta telefon.

“Suspek juga melarikan sebuah kereta mangsa sebelum dijumpai semula kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian dekat Taman Wangsa, Behrang,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dan ketiga-tiga anak asuhan tidak cedera.



Katanya, pihak polis sedang giat memburu suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading