Dua lelaki ditahan edar syabu 3 kilogram

Dua lelaki ditahan edar syabu 3 kilogram

Dua lelaki ditahan edar syabu 3 kilogram
Dua lelaki yang ditahan Maritim Malaysia Johor di Sungai Belukang, Tanjung Piai, kerana disyaki mengedar dadah. NSTP/ TOGI MARZUKI

PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua lelaki atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu seberat tiga kilogram di Sungai Belukang, Tanjung Piai, di sini, pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria, berkata penahanan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu dilakukan pada jam 2 pagi.

“Hasil siasatan, pihak kami menemui tiga bungkusan ketulan mampat berwarna kristal disyaki dadah jenis syabu dalam kenderaan Honda CRV yang dipandu suspek.



“Kedua-dua suspek mengaku memandu kenderaan berkenaan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Piai, Pontian, untuk tujuan mengedar dadah yang dibawa seberat tiga kilogram bernilai RM100,000.

“Kita turut menyita wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta Honda CRV yang digunakan suspek dengan anggaran keseluruhan rampasan berserta dadah bernilai RM210,000.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953,” katanya.

Susulan itu, Nurul Hizam berkata, pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Johor menerusi talian 07-2199401 atau talian MERS 999.



Dua lelaki ditahan edar syabu 3 kilogram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button