Penembak Osama kena tahan
Penembak Osama kena tahan

Houston: Robert O’Neill, lelaki yang mendakwa menembak mati Osama Bin Laden ditahan di Texas, awal minggu lalu.
Bekas anggota skuad elit Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), SEAL itu ditahan di Frisco dan dituduh kerana mendatangkan kecederaan kelas A dan mabuk di tempat awam.
O’Neill, 47, itu dilepaskan dengan jaminan bon $3,500 (RM16,283.75), namun polis tidak mengulas lanjut.
Bekas tentera yang kini menulis buku itu tidak mengulas isu penahanannya, dan tidak dapat dipastikan sama ada beliau diwakili peguam. Menurut laporan di media sosial, O’Neill berada di bandar itu untuk merekod siaran podcast.
Penahanan terbabit bukan masalah pertama dihadapi O’Neill. Pada 2020, dia pernah disekat daripada menaiki Delta Airlines selepas enggan memakai pelitup muka dan pada 2016, dia ditahan kerana memandu mabuk.
Lelaki itu popular selepas mendakwa berjaya membunuh pengganas Osama Bin Laden ketika serbuan tentera AS pada 2011.
O’Neill kemudian berkongsi kisahnya dalam buku The Operator yang dikeluarkan pada 2017, tetapi kerajaan AS tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaannya.
Penembak Osama kena tahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO: Peguam Negara Wajar Gugurkan Semua Pertuduhan Terhadap Najib
- Mat Sabu Dedahkan Penipuan Hadi Awang Selama Ini
- Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :