Hadi Awang Penunggang Agama?

Hadi Awang Penunggang Agama?

Hadi Awang Penunggang Agama?

Dalam satu ucapan di Ceramah Perdana PN Johor di Markas PAS Kawasan Bakri, Muar, Hadi Awang sekali lagi menunggang hukum Allah SWT untuk kepentingan politik.

Dalam ucapan tersebut, Hadi berkata cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan apa yang diajarkan Islam.

Hadi menegaskan, pihak yang berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah.



Bukannya lembaga pengampunan.

Lembaga Pengampunan ini ialah Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri, peguam negara jelas Hadi.

Ini bukanlah kali pertama Hadi menunggang hukum Allah SWT untuk meraih kepentingan politik.

Tentu kita masih ingat mengenai pindaan Rang Undang Undang 355 di parlimen.



Selepas mengumpulkan beribu umat Islam di Padang Merbok untuk Perhimpunan RUU 355, Hadi sendiri meminta supaya perbentangan RUU 355 di parlimen ditangguhkan.

Untuk rekod, itu adalah kali kedua Hadi meminta perbahasan pindaan RUU 355 ditangguhkan di parlimen.

Kali pertama pada tahun 2016.

Selepas ianya dibenar untuk dibahaskan, Hadi minta penangguhan dengan alasan yang tidak jelas.



Kemudian apabila memegang kuasa di Putrajaya selama 33 bulan, pelbagai alasan diberikan untuk mematikan isu pindaan RUU 355.

Dan apabila menjelang pilihanraya, isu tersebut kembali dimainkan.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata mahu menunjukkan kononnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.

Kini Hadi menyedari isu pindaan RUU 355 sudah tidak lagi diterima oleh rakyat.



Lalu secara tiba-tiba, Hadi menggunakan isu sistem pengampunan negara bertentangan dengan Islam.

Malah, Hadi mahu supaya pindaan perlembagaan dilakukan supaya ianya dapat diselaraskan dengan syariat Islam.

Persoalannya, sekiranya ditakdirkan PAS kembali mendapat kuasa di Putrajaya, adakah mereka akan menggubal perlembagaan tersebut.

Penulis sangat yakin, ianya tidak akan dilakukan.



PAS sudah berkuasa selama 33 tahun di Kelantan dan kini menguasai sepenuhnya kerajaan Terengganu.

Mengapa tidak dipinda undang-undang negeri Kelantan yang berkaitan pengampunan?

Hadi Awang Penunggang Agama?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button