Thaksin alami keletihan, tekanan

Thaksin alami keletihan, tekanan

Thaksin alami keletihan, tekanan
GAMBAR fail Thaksin Shinawatra dan anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok pada 22 Ogos lalu. FOTO Reuters

Bangkok: Bekas perdana menteri Thailand yang dipenjarakan Thaksin Shinawatra mengalami keletihan dan tekanan sejak minggu lepas, kata anak perempuannya Paetongtarn Shinawatra.

Ketika kritikan meningkat bahawa Thaksin diberi layanan istimewa selepas dipindahkan ke hospital beberapa jam pada malam pertamanya di penjara, Paetongtarn memberitahu media bahawa keadaan Thaksin adalah akibat jangkitan Covid-19 pada 2020.

Tambahnya, Thaksin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama sembilan hari dan dimasukkan ke hospital selama sebulan pada 2020.



“Saya lebih mengambil berat mengenai jantungnya… Doktor memantau segala-galanya, daripada sejarah perubatannya hinggalah kepada rawatan dan pembedahannya.

“Beliau (Thaksin) akan kekal di Hospital Besar Polis buat masa ini. Tiada rancangan untuk memindahkannya ke hospital swasta kerana pasukan perubatan di Hospital Besar Polis adalah bagus,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti Pheu Thai pada Selasa, sehari selepas melawat bapanya di hospital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




Paetongtarn menambah apabila beliau bertemu dengan bapanya pada Isnin, semangat Thaksin kekal kuat dan gembira dapat bertemu dengannya.

Thaksin yang berusia 74 tahun kembali ke Thailand pada Selasa lepas selepas 15 tahun hidup dalam buangan.

Pada hari yang sama Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada bekas perdana menteri itu.

Beliau dimasukkan ke hospital di Hospital Besar Polis kerana masalah kesihatan beberapa jam selepas malam pertamanya di Penjara Reman Bangkok.

Thaksin mengadu sakit dada, darah tinggi, paras oksigen darah rendah dan insomnia ketika ditahan di wad perubatan penjara.



Ketika ditanya berapa lama Thaksin akan berada di Hospital Besar Polis, Paetongtarn berkata beliau ada bertanyakan kepada doktor pada Selasa tetapi tidak mendapat jawapan.

“Terdapat banyak faktor. Sekiranya berlaku kecemasan, ia perlu kerana bapa seorang warga emas,” katanya.

Sementara itu, Paetongarn berkata Thaksin akan memutuskan sama ada untuk mendapatkan pengampunan diraja.

“Terpulang kepada beliau untuk memutuskan bila dan bagaimana untuk meneruskan… Proses (menyediakan permohonan pengampunan) akan mengambil masa,” katanya.



Media tempatan melaporkan bahawa kumpulan anti-Thaksin telah membuat aduan kepada Jabatan Pembetulan yang menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja, dengan alasan bahawa kes rasuah tidak sepatutnya mendapat pengampunan kerana ia telah merosakkan tadbir urus dan reputasi negara.

Thaksin alami keletihan, tekanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading