India mahu tinjau matahari pula
India mahu tinjau matahari pula
New Delhi: Beberapa hari selepas menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa berhampiran kutub selatan bulan, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Isro) semalam berkata, ia akan melancarkan satelit untuk meninjau matahari pula.
“Pelancaran Aditya-L1, balai cerap angkasa pertama yang mengkaji matahari, dijadualkan pada 2 September ini,” kata Isro di X.
Aditya yang bermaksud ‘matahari’ dalam bahasa Hindi, akan dilepaskan ke orbit lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer (km) dari bumi, yang akan memberikan sudut pandangan jelas berterusan kepada matahari.
“Ini akan memberikan kelebihan yang lebih besar untuk memerhati aktiviti suria dan kesannya terhadap cuaca angkasa dalam masa nyata,” kata Isro.
Kapal angkasa itu akan membawa tujuh muatan untuk memerhati lapisan paling di luar matahari – dikenali sebagai fotosfera dan kromosfera – termasuk dengan menggunakan pengesan medan elektromagnet dan zarah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
Antara beberapa objektif penerokaan itu adalah untuk mengkaji pemacu bagi cuaca angkasa, termasuk untuk lebih memahami dinamik angin suria.
Walaupun Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan Agensi Angkasa Eropah (ESA) sebelum ini sudah menempatkan pengorbit untuk mengkaji matahari, ia akan menjadi misi pertama seumpamanya untuk India.
Chandrayaan-3 tanpa pemandu atau kenderaan bulan dalam bahasa Sanskrit – mendarat di permukaan bulan pada minggu lalu, menjadikan India sebagai negara keempat selepas Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China, yang berjaya mendarat di bulan.
Itu menandakan pencapaian terbaru dalam program angkasa lepas India yang bercita-cita tinggi tetapi berbajet rendah, lantas diraikan di seluruh negara paling ramai penduduk di dunia itu.
India mempunyai program angkasa yang berbajet rendah tetapi yang ia berkembang dengan ketara dari segi saiz dan momentum sejak pertama ke orbit bulan pada 2008.
Pakar berkata, India boleh mengekalkan kos rendah dengan menyesuaikan dengan teknologi sedia ada, dan mempunyai ramai jurutera berkemahiran tinggi yang hanya memperoleh sebahagian kecil daripada jumlah gaji rakan sejawatan di negara asing.
Pada 2014, India menjadi negara Asia pertama yang meletakkan pesawat ke orbit mengelilingi Marikh dan ia dijadualkan melancarkan misi kru tiga hari ke orbit bumi menjelang tahun depan.
India mahu tinjau matahari pula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :