Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik

Jaga hubungan baik dengan media

Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik

Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik
Keluarga Ngasri membesar bersama dalam industri seni.

KISAH kejayaan anak-anak Ngasri sering mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi apabila mereka tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi panas.

Menurut Anne atau Naszriah Ngasri, 39, lebih tiga dekad bergiat aktif dalam dunia hiburan, dia mengakui hubungan baik yang terjalin dengan pihak media banyak membantu kerjaya seni mereka adik-beradik.

Kata Datin Anne, dia dan abangnya iaitu pelawak Bell Ngasri dan kakaknya, Darling Ngasri sebelum ini membesar dengan tidak terdedah kepada sebarang laporan kontroversi.



Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik
Anne menghargai sokongan rakan media.

 

 

“Kami ini membesar dalam industri seni. Kami juga pernah merasa zaman di mana pihak media tidak terlalu hangat seperti hari ini.

“Saya rasa kami sentiasa menganggap media ini sebagai salah satu sistem sokongan bagi kerjaya kami adik beradik dalam industri ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?


“Tapi Alhamdulillah sebab kami membesar bersama dan dengan pihak media pun dah macam ibarat sebuah keluarga,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Anne memberitahu mereka sekeluarga sangat menghargai pihak media yang selama ini memberikan sokongan terhadap kerjaya seni mereka.



Bohonglah kalau saya cakap kami tidak melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

ANNE NGASRI

PELAKON

Tambah Anne, dia bersyukur kerana sejak daripada dahulu lagi, hubungan mereka bersama rakan media sudah seperti sebuah keluarga.

“Saya dan keluarga memang sangat menghargai pihak media… kalau dulu pun ambil gambar mesti ada kami tiga beradik. Mesti cerita fasal keluarga kami dan semuanya baik-baik.

“Bila kita berada dalam satu keluarga besar, saya percaya media-media dari zaman saya kecil lagi sudah menganggap kami sebagai keluarga, jadi mungkin mereka pun tidak mengeluarkan cerita-cerita (gosip) kami yang agak tidak sesuai,” ujarnya.

 



Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik
Bell (kiri), Anne dan Darling (kanan) membesar sebagai pelakon kanak-kanak.

Bagaimanapun, Anne tidak menganggap dia dan adik-beradik yang lain tidak pernah melakukan kesilapan, namun menyifatkan pihak media sebagai tembok untuk menapis segala kekurangan yang ada pada diri mereka.

“Bohonglah kalau saya cakap kami tidak melakukan kesilapan. Kami pun manusia biasa ada buat silap.

“Tapi mereka (media) juga yang menjadi benteng kepada kami… Alhamdulillah sehingga kini tidak ada cerita yang tidak elok tentang keluarga kami yang disiarkan pihak media,” katanya.

Rahsia kejayaan Anne Ngasri dan adik-beradik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button