Remy Ishak menahan rindu
Dah seminggu tak jumpa anak… “Baru saya tahu perasaan berjauhan itu”
Remy Ishak menahan rindu
SELEPAS sebulan bergelar bapa, pelakon Remy Ishak mengakui mula berasa rindu terhadap anaknya ketika keluar bekerja.
Selepas bergelar seorang bapa, Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, berkata dia mula merasai perasaan terpaksa berjauhan dengan anak tersayang.
“Sebelum ini selalu juga lihat kawan-kawan yang ada anak ni tak boleh berpisah.
“Sekarang baru seminggu tinggalkan Tuah dan Ezza (isteri), baru saya tahu macam mana rasa dan perasaannya bila berjauhan,” katanya.
Remy berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.
Difahamkan Remy kini berada di Kelantan bagi menjalani penggambaran filem Munajat Kasih arahan pengarah Osman Ali.
Dalam perkongsian itu juga, Remy memaklumkan anak lelaki diberi nama Tuah Alam itu berada dalam keadaan sihat.
“Tuah Alam sekarang dah cukup sebulan umurnya… syukur Alhamdulillah sihat walafiat.
“Lagi sebulan ayahanda balik ya Tuah,” ujarnya.
Pada 27 Julai lalu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Selepas tiga minggu menimang cahaya mata, Remy akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya itu sebagai Tuah Alam iaitu nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.
Remy Ishak menahan rindu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :