Hadi Awang Akan Di Dakwa
Hadi Awang Akan Di Dakwa
Akhirnya presiden PAS, Hadi Awang, akan berhadapan kemungkinan diheret ke mahkamah atas dakwaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.
Sekiranya disabitkan kesalahan buat kali pertama di bawah Akta Hasutan, denda sebanyak tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Ayob Khan, memaklumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media yang di adakan di Bukit Aman.
@acik.mantera
Kenyataan dari Hadi Awang sudah diambil oleh pihak PDRM di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Ayob Khan berkata, pihak polis telah mengemukakan 24 soalan kepada Hadi Awang dan beliau hanya menjawab 5 soalan yang dikemukakan.
Baki 19 soalan dari pihak polis akan dijawab oleh Hadi Awang di mahkamah sewaktu perbicaraan.
Menurut Ayob Khan, pihak PDRM masih lagi dalam proses menyiapkan kertas siasatan (IP) ke atas Hadi Awang.
Mengikut SOP siasatan 3R pihak PDRM, siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh seminggu dari permulaan siasatan.
Kemudiannya IP akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
Sekiranya pihak Jabatan Peguam Negara berpendapat ada kes prima facie, maka pendakwaan akan dilakukan di mahkamah.
Namun sekiranya pihak Jabatan Peguam Negara mendapati IP perlu diperkukuhkan, IP akan diserahkan kembali kepada PDRM untuk penambahbaikan.
Hadi Awang akan didakwa atas ucapan beliau yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong.
Hadi Awang Akan Di Dakwa
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?