Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

Dalam perbicaraan kes Yayasan Akal Budi, pihak DPP, Mohd Dusuki Mokhtar, memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi sedang menghadapi 47 pertuduhan kes pecah amanah Yayasan Akal Budi.

Mohd Dusuki berkata, pendakwaan mengambil keputusan itu mengikut peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.



Dengan itu pihak Jabatan Peguam Negara memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid atas 47 pertuduhan.

Hakim perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah, telah menangguhkan perbicaraan sebaik sahaja Mohd Dusuki memaklumkan keputusan Jabatan Peguam Negara.

Selepas perbicaraan disambung semula pada sesi petang, Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan untuk melepaskan tanpa bebas ke atas semua 47 pertuduhan ke atas DS Zahid.

Peguambela DS Zahid, Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun memohon supaya DS Zahid diberikan pembebasan penuh.



Ahli MPT PPBM, Wan Saiful Wan Jan, menyifatkan kredibiliti perdana menteri sudah hilang dengan keputusan mahkamah itu.

Tetapi ketika mahkamah membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan Muhyiddin Yasin dari 4 pertuduhan kes Jana Wibawa, Wan Saiful menyifatkan keadilan akhirnya bersuara…😜😜😜

Tidak pula ketika itu Wan Saiful menyifatkan Anwar Ibrahim sudah membuktikan bahawa beliau seorang reformis sejati.

Adakah Wan Saiful merasakan beliau lebih bijak dari pihak Jabatan Peguam Negara dan lebih adil dari mahkamah?



Atau beliau mempersoalkan kredibiliti mahkamah dalam membuat keputusan melepaskan 47 pertuduhan ke atas DS Zahid?

Apakah beliau dilanda masalah kemurungan kerana kes mahkamah yang dihadapi hingga tidak tahu mengenai memo dalaman Peguam Negara yang tular?

Walau apa pun yang Wan Saiful rasakan, satu yang pasti adalah nama DS Zahid kini secara rasmi sudah dikeluarkan dari senarai kluster mahkamah.

Yang masih setia di dalam kluster mahkamah adalah Dr Mahathir, Muhyiddin Yasin, Sanusi Md Nor dan beliau sendiri.



Ibarat patah tumbuh hilang berganti, kehilangan nama DS Zahid dari kluster mahkamah pasti akan diganti dengan sahabat-sahabat sejati Wan Saiful.

Tungguuu…

 

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button